Steroid adalah sejenis bahan kimia
yang dicipta 60 tahun dulu. Sekitar 50-an, steroid ditemui sebagai obat paling
berkesan untuk mengobati penyakit radang sendi. Tetapi 10 tahun kemudian,
steroid didapati mempunyai kesan sampingan sehingga menyebabkan orang yang
menemuinya itu membunuh diri disebabkan tertekan dengan kritikan orang ramai.
Menurut Pakar Perunding Reumotologi
dan Sakit Kronik, Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Dr Anwar Samhari Mat Arshad,
steroid adalah jenis terkawal yang digunakan
untuk mengobati penyakit radang sendi, SLE, barah dan lelah. Malah pakar
perubatan barah dan paru-paru menggunakan steroid untuk menyelamatkan nyawa pesakit
untuk penyakit kronik.
"Penggunaan steroid dalam
perubatan dibolehkan malah tidak membahayakan nyawa. Namun, jangan disalah guna
kerana ia akan menyebabkan kesan sampingan sehingga boleh menyebabkan
kehilangan nyawa," katanya.
Tambahnya, biasanya steroid diambil
mengikut nasihat doktor dan mengikut sukatan dibenarkan. Sekiranya sukatan tinggi,
ia berkemungkinan akan memudaratkan pesakit.
Steroid yang sering digunakan dalam perubatan ialah Dexamethasone. Steroid jenis ini harus diambil dalam sukatan yang rendah kerana boleh meninggalkan kesan yang kuat dalam masa lima hari.
Steroid yang sering digunakan dalam perubatan ialah Dexamethasone. Steroid jenis ini harus diambil dalam sukatan yang rendah kerana boleh meninggalkan kesan yang kuat dalam masa lima hari.
Menurut Anwar, sekiranya pengambilan
steroid digunakan dalam sukatan yang banyak dalam masa seminggu, pesakit akan
mengalami pendarahan usus, kegemukan, pertambahan selera makan serta pengeluaran
air yang tidak seimbang.
"Kesan jangka panjang dalam dua
dan tiga bulan, penyakit akan mengalami pengeroposan tulang, ketidakseimbangan
hormon, gangguan haid dan peningkatan paras gula sekali gus menyebabkan tekanan
darah meningkat. Sekiranya tidak dirawat, ia akan menyebabkan gejala paling
dahsyat iaitu sindrom cushings iaitu terjadinya semua simpton seperti di
atas," katanya.
Oleh kerana efektivitas yang
ditunjukkan dalam pengobatan , Dr Anwar menjelaskan steroid anabolik sering
disalahgunakan atlit. Ada yang mengambil steroid untuk membina otot dan
memperkuatkan sendi supaya mereka boleh menunjukkan kepantasan dalam bersukan.
"Pengambilan steroid tanpa mendapat nasihat doktor adalah dilarang.
Namun ada sesetengah atlit mengambil
daripada pakar yang tidak sepatutnya. Pengambilan dalam sukatan yang banyak
akan menyebabkan pelbagai gangguan. "Steroid terdapat dalam bentuk tablet,
kapsul dan serbuk atau sekiranya sendi sudah membengkak steroid, boleh disuntik
ke dalam sendi untuk mengurangkannya dalam tempoh yang cepat," katanya.
Dr Anwar juga menolak tanggapan
orang ramai yang mengatakan penyakit sendi tidak boleh diobati.
"Sebenarnya ini mitos semata-mata kerana sekiranya dirawat menggunakan
kaedah yang betul, penyakit ini boleh diubati tetapi memerlukan tempoh yang
panjang," jelasnya. Penyakit sendi lebih banyak berlaku kepada wanita.
Bermula pada sendi bagian tangan dan
kaki kemudian merebak ke bagian lain. Biasanya penyakit akan mengalami rasa
kebas kemudian rasa tidak boleh bergerak atau kejang pada bagian tertentu.
"Kekejangan berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan sejuk atau
terlalu lama tidak membuat pergerakan misalnya duduk terlalu lama.
"Biasanya kerap berlaku pada
bagian jari tangan, kaki, siku atau kaki. Untuk meredakannya, penyakit perlu
menggerakkan bagian otot sehingga otot boleh bergerak seperti sedia kala,"
katanya.
Tambahnya, ramai beranggapan radang
sendi berlaku kepada golongan tua saja, tetapi seawal usia 11 tahun seseorang
itu bisa mengalami penyakit radang sendi. Sejauh ini penyakit ini tidak
diketahui puncanya tetapi saintis sudah menemui rawatan terkini menggunakan
kaedah biologi.
Sumber: www.hmetro.com.my
3 komentar:
bagaimana proses pada steroid yang menunjukkan bahwa steroid memiliki peran ganda?
bagaimana proses steroid dapat menjadi obat dan dapat menyebabkan kematian ?
steroid anabolik adalah obat yang menyerupai struktur kimia hormon testosteron dalam tubuh. dimana testosteron mengarahkan tubuh untuk memproduksi atau meningkatkan karakteristik pria seperti massa otot meningkat, pertumbuhan rambut wajah dan pendalaman suara.
steroid anabolik bekerja ketika steroid anabolik meningkatkan kadar testosteron dalam darah, mereka merangsang jaringan otot dalam tubuh lebih besar atau lebih kuat. namun, efek testosteron jika terlalu banyak beredar didalam tubuh bisa berbahaya dari waktu kewaktu.
Posting Komentar